
noorhidayahidris87
4 tahun
Emosi tidak stabil sentiasa berasa takut dan gusar
Selamat malam dan salam sejahtera Dr.dr saya mempunyai masalah ke gusaran dan sentiasa berasa takut…saya berusia 34 tahun mempunyai 3orang anak…anak sulung saya berusia 9 thun…ank kedua meninggal pada hari 35…anak ketiga berusia 8bulan…saya berikan sedikit penerangan sebab terjadinya perasaan takut ini…pada tahun 2018 saya melahirkan bayi lelaki yang sihat dan sempurna tiada masalah sampai pada hari yg ke 30 dalam pantang bayi saya mengalami Deman dan disah kan terkena jangkitan kuman menagaitis.setelah semua usaha di lakukan oleh pihak hospital namun bayi saya tidak dapat diselamatkan,bayi meninggal pada hari yg ke 35.selepas kejadian itu semuanya ok seperti biasa.tapi pada tahun yg sama 1hari ank sulung Saya demam.dan secara tiba²perasaan takut Saya datang pada malam hari ketakutan dan kegusaran saya semakin kuat… Saya menjadi takut sekiranya saya tidur akan terjadi sesuatu yang buruk pada ank Sy.bila ank sht tidak ada ketakutan seperti itu lg…tp pada tahun 2020 pada bulan 7 Saya melahirkan bayi yg ke 3…bayi saya lahir 36mggu pramatang semasa lahir bayi banyak komplikasi dimasukkan ke wad nicu selama 15hari dengan bantuan oksigen.5hari di wad pemantauan…pada hari ke 20bayi sihat sepanuhnya dan di benarkan pulang…masalah ketakutan Saya menjadi semakin kuat di malam hari sehingga sekarang…saya sentiasa berasa takut kalau sesuatu akan terjadi pada ank²saya masa saya tidur dan apabila ank tidak sihat Saya jadi bertambah takut gusar dan risau…adakah saya mengalami trauma @fobia…apakah yg perlu saya lakukan adakah saya perlu berjumpa Dr untuk kaunseling…mohon pendapat dr.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara umum, masalah kegusaran yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan (anxiety)
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih