chrystha748
6 tahun
Empat gigi sakit dan mulut juga bengkak
Semlm tidak sempat ke hospital…perkara dah berlaku 4 hari
Skrg hanya bergantung ubat tahan sakit dan ubat bengkak
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit gusi yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan pada gigi - gingivitis
- Alahan - boleh menyebabkan bibir bengkak
- Saluran kalenjar air liur tersumbat -akibat keradangan atau batu karang
- Demam campak (mumps)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























