
Anonymous
6 tahun
Ent. Telinga berdesing
Saya lelaki berusia 55 Tahun, masalah saya telinga saya berdesing dah 2 Tahun. Saya telah jumpa pakar ent, dia beritahu masalah saraf. Dokter ada ubat tak masalah telinga saya ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca telinga berdesing:
- Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
- Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada tulang telinga
Encik boleh cuba ubat ubaan seperti Cinnarizin, tetapi ia memerlukan pemeriksaan dan peskripsi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!