
Sulit
5 tahun
Enzyme pil anti-keradangan
saya lelaki dalam linkungan 20an. saya ade masalah tentang gusi bengkak.ia bengkak pada gigi yang sudah pn rosak.jadi saya diberi ubat pil Enzyme dlm 12biji.tempoh gusi akan surut dlm brp hari? ia tidak rasa sakit n mudah berdarah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tempoh untuk keradangan akan bersurut selepas mengambil ubat ini adalah berlainan dalam setiap individu. Gejala pendarahan adalah normal dan ianya merupakan proses penyembuhan. Anda tidak perlu terlalu berisau tentang masalah anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor gigi anda kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.