farhanpaan2000
5 tahun
Faktor ketahanan badan oleh pesakit g6pd
Selamat sejahtera doc. Saya pengidap g6pd dari kecil. Spt sedia maklum g6pd berkait dgn masalah darah. Berikuan wabak virus yg melanda pd masa ini, adakah pesakit g6pd mudah dijangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah diajukan. Untuk makluman anda, penyakit G6PD tidak berkaitan dengan imuniti badan. Kekurangan enzim G6PD membuat darah merah anda tidak dapat menampung tekanan oksidatif.
Tekanan oksidatif berlaku apabila pesakit G6PD terdedah kepada benda seperti memakan kacang parang, ubat gegat dan beberapa jenis ubat malaria.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































