
Sulit
4 tahun
Faraj baby perempun tertutup
Anak perempuan sy berumur 10 bln… Tp lubang faraj nya tertutup … Kencing semua ok … Tiada meragam apa … Sebelum ni ada. Tapi baru perasan tertutup … Boley jelas kn doc kenapa ya … ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anak anda, saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang sempurna dan tepat dalam hal ini.
Namun begitu, secara amnya, jika lubang faraj bayi anda tertutup anda perlu berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan ataupun pakar doktor kanak-kanak. Mereka akan menilai dengan lebih teliti jika anak anda memerlukan rawatan atau tidak. Kebanyakkan kes untuk masalah ini akan hilang dengan sendiri apabila bayi semakin membesar tanpa memerlukan rawatan. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya sarankan anda untuk ke klinik dan dapatkan konsultasi daripada doktor untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.