
Sulit
5 tahun
Faraj berdarah selepas makan pil postinor
saya berumur 31tahun. saya ada ambik pil Postinor-2 untuk emergency. saya period 10hb bersih 15hb. hari ahad 18hb saya bersama suami. dan tebabas saya ambik pil Postinor-2 selepas 2jam bersama makn sebiji… dan pil ke2 selepas 12jam. hari sabtu 24hb selepas 5hari makan pil Postinor-2. waktu pagi saya bangun dari tidor saya dapati saya keluar darah. perut sakit macam di hiris. pinggang sakit. saya baru habis period minggu lepas. jadi ini darah apa… bahaya atau tak… saya tak ada makan apa2 sebarang ubat. hari ini sudah 2hari darah keluar. mintak penjelasan doktor. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan dari faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pengambilan pil kecemasan - akibat ketidakstabilan hormon
- Pendarahan dari fibroid atau polip dalam rahim
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.