
Sulit
4 tahun
Faraj keluar cecair kuning
saya ibu 14 weeke mengandung awal kehamilan ini bawah faraj sering keluar kekuningan sebab apa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan wanita hamil mengeluarkan cecair kuning semasa hamil dalam trimester pertama atau sepanjang kehamilan. Hal ini kerana peningkatan hormon dan aliran darah ke faraj untuk mengelakkan jangkitan apabila faraj dan serviks menjadi lembut. Namun, pengeluaran cecair kuning boleh juga menjadi tanda jangkitan, terutamanya jika anda mengalami simptom lain seperti:
- Faraj gatal
- Sakit semasa kencing
- Cecair yang berbau
- Kencing berdarah
- Sering kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.