Sulit
5 tahun
Faraj keluar sesuatu
sy br bersalin 3 bln lps, bersalin normal. slps sbln bahagian dlm faraj sy terasa skt.sejak dr bersalin sy tidak pernah bersama suami lg. hr ini, ada sesuatu menyerupai tali yg berdarah keluar dr faraj sy. dan tali tu tdk blh di tarik… bila tarik terasa sedikit skt. dlm 2 hr ni ada tompok darah keluar… tapi sy tdk rasa skt.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan dalam dinding faraj
- Pembetukan hematoma di kawasan faraj yang cedera
- Tumpah darah selepas bersalin (postpartum hemorrhage)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Perkara ini memerlukan perhatian daripada anda dan doktor dengan segera. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan elakkan daripada mengusik “tali” tersebut sehingga anda berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























