Anonymous

6 tahun

Faraj warna putih macam tumbuh kulat

Hi doctor,boleh tanya?saya punya faraj dalam ada berwarna putih seperti macam tumbuh kulat.dan air faraj bila ada main sex,ada keluar ketulan kecil bewarna putih.adakah ini membahayakan? 2 tahun lepas saya pernah seperti macam ini…

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan keputihan faraj. Salah satu punca utama untuk keputihan faraj adalah keputihan fisiologi, iaitu keputihan yang berubah mengikut kitaran haid. Berbanding dengan keputihan yang disebabkan oleh penyakit, keputihan fisiologi adalah berwarna putih atau krim, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan, kesakitan atau keradangan pada bahagian faraj. Lendir dari keputihan fisiologi yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan fisiologi tidak memerlukan rawatan kerana ia merupakan proses fisiologi yang biasa.

Keputihan bukan fisiologi boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti jangkitan bakteria, jangkitan kulat dan jangkitan parasit. Salah satu organisma yang sering menyebabkan keputihan adalah jangkitan kulat atau candidiasis. Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap jangkitan candida di bahagian faraj anda.

Wanita yang berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan kulat termasuk kencing manis, hamil, menggunakan antibiotik, berat badan berlebihan dan tekanan emosi. Jangkitan kulat bukanlan jangkitan kelamin tetapi ia sering menyebabkan keputihan putih yang pekat seperti cheese dan ketulan tersebut biasanya akan terjatuh keluar semasa menjalankan hubungan kelamin. Tanda-tanda jangkitan kulat di faraj adalah rasa gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan kelamin, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Faraj wanita mempunyai pelbagai bakteria yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Jangkitan kuman pada faraj berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran seperti penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai. Antara organisma yang boleh menyebabkan jangkitan ialah:

• Gardnerella vaginalis
• Trichomonas vaginalis
• Candida albicans

Menurut simptom yang anda terangkan, kami mengesyaki anda mengalami jangkitan kulat di faraj. Faraj yang sihat mempunyai keseimbangan kedua-dua sel bakteria dan kulat. Apabila keseimbangan bakteria dan kulat berubah, sel-sel kulat berkembang biak dan menyebabkan simptom.

Simptom jangkitan kulat di faraj termasuk keputihan putih kekuningan yang berupa keju, gatal-gatal vagina, pembengkakan, perasaan pedih semasa kencing atau hubungan seksual. Lebih daripada 90% jangkitan kulat di faraj disebabkan oleh organisme Candida albicans.

Untuk mengubati masalah kandidiasis faraj, terdapat beberapa pilihan ubat yang anda boleh dapati daripada farmasi. Anda boleh mendapatkan ubat suppository faraj anti-kulat daripada farmasi, serta ubat krim anti-kulat untuk disapukan pada kawasan yang mempunyai keradangan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)