
Anonymous
5 tahun
Fasa awal mengandung
Assalamualaikum…saya nak tanya…isteri saya lewat dtg haid selama hmpir 2 minggu…dan apabila buat urin test mnggunakan pregnancy test, resultnya adalah positif…soalan saya…seawal usia kandungan isteri saya ni, apakah aktiviti dan makanan/minuman yg harus isteri saya elakkan supaya tidak menjejaskan kandungan yg bru mncapai usia 1 bulan itu…dan adakah makanan dan minuman yg pasti akan memberi kesan buruk terhadap kandungannya seperti keguguran…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.
- Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.
- Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.
- Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.
- Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.
- Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.
- Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.
Ibu hamil perlu melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih