
Sulit
4 tahun
Femur replacement but still feel pain on the tights
Saya baru melakukan pembedahan femur replacement. Tetapi kenapa sehingga skg saya tidak boleh berjln lg. Pangkal peha saya sakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit selepas pembedahan adalah antara perkara normal dalam pemulihan. Latihan ketika fasa pemulihan ini adalah penting, doktor atau pakar terapi fizikal anda akan membantu anda untuk kembalikan semula kekuatan otot, pergerakan sendi dan fleksibiliti anda. Ia juga akan membantu dalam menangani kesakitan yang anda alami selepas pembedahan.
Saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda kerana beliau mempunyai maklumat tentang latar belakang kesihatan anda dengan lebih tepat. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa maklumat latar belakang kesihatan anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.