Sulit
2 tahun
Floater pada pesakit multiple sclerosis
Saya wanita berusia 22 tahun dan menghidapi penyakit multiple sclerosis. Dua tiga hari ini, sapa dapati penglihatan mata belah kiri dan kanan tidak sama. Saya beranggapan itu adalah floater yang pernah terjadi kepada saya pada awal penyakit terjadi. Apakah floater ini berbahaya atau dapat dikawal secara kendiri?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami memahami kegelisahan anda berkenaan floaters pada mata yang dialami, disamping penglihatan mata kanan dan kiri yang tidak sama. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gangguan penglihatan pada seorang yang menghidapi Multiple Sclerosis termasuk
- double vission
- diplopia
- peningkatan jumlah floaters
- gangguan saraf
Tambahan lagi floaters pada mata lazimnya disebabkan oleh fiber mikroskopik pada vitreos mata yang terkumpul. Walaupun floaters sangat lazim ditemukan pada mereka yang menghidapi Multiple Sclerosis, anda disarankaan untuk berjumpa doktor sekiranya gejala tersebut dirasakan berterusan atau mengganggu aktiviti harian anda.
Tambahan lagi, anda juga digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.