
Sulit
5 tahun
Flu, suara serak dan kadang2 batuk tetapi tidak demam
saya wanita 43 tahun. bekerja sebagai promoter pakaian di patkson. saya mengalami flu pada 17/5/2020 dan batuk2 kecil. tetapi saya memang allergy terhadap habuk dan bau2 girengan masakan. hari ini 18/3/2020 saya rasa suara serak dan tekak tidak selesa tetapi tidak sakit. flu dan batuk hilang. saya juga sudah buat latihan pernafasan 10 mins dan saya tidak berasa sakit dan tidak batuk. tetapi saya risau kerana sebelum lockdown kerja saya berhadapan dgn org ramai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom batuk, flu dan sakit tekak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sementara itu, anda sangat disarankan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tinggal di rumah dan hanya keluar untuk urrusan penting sahaja. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan negara kita dari mengalami situasi yang lebih buruk. Selain itu, sangat penting untuk anda mengamalkan langkah pencegahan brdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Di harap wabak ini dapat dibendung dengan kerjasama anda semua. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini