
Sulit
3 tahun
Fokus penglihatan tidak konsisten
Hai doktor. Saya ada soalan. Saya berumur 18 tahun. Saya rasa macam ada yang tak kena dengan kuliti penglihatan saya. Ketika saya melihat, saya rasa seakan mata saya menfokus seperti kamera (kejap fokus kejap tak). Tapi, dari segi jarak, saya masih dapat lihat dengan jelas tak kira dekat atau jauh… cumanya fokus mata tak konsisten. Apakah puncanya? Apakah nasihat doktor dalam mengatasi masalah ini? adalah ini disebabkan oleh mata saya lelah atau penat? Dah lebih kurang setahun perkara ini berlaku. Terima kasih doktor☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, fokus penglihatan tidak konsisten boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kelesuan otot mata
- Presbiopia, penglihatan pendek
- Masalah lensa mata
- Gangguan saraf mata
- Ketidakseimbangan hormon
- Ketidakseimbangan elektrolit
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Mata.