lyna.shukur96
4 tahun
Folic Acid untuk suami
Saya wanita berumur 23tahun. Sudah berkahwin 2 tahun Dan belum dikurniakan zuriat. Saya nak tanya, adakah penting untuk saya dan suami makan acid folic untuk merancang kehamilan? Contoh acid folic Appeton 400mcg. Suami boleh makan sekali? Atau suami kena ambil dos yang tinggi sikit dari saya? Ataupun sy pun boleh ambil dos yang tinggi sedikit? Contoh 700mcg atau 1000mcg?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik adalah diambil oleh wanita yang hendak dan sedang hamil. Dosnya pula adalah 400mg sekiranya tiada sejarah keguguran manakala dos yang lebih tinggi sekiranya mempunyai masalah kehamilan sebelumnya. Pihak lelaki tidak perlu mengambil suplemen ini kerana ia tiada kesan terhadap tumbesaran janin. Untuk menentukan dos yang sesuai maklumat tambahan diperlukan. Oleh itu anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan untuk berhubung dengan farmasi kami. Sekian.