
Sulit
4 tahun
Fungsi buah pinggang
Saya lelaki berumur 36 tahun. Saya seorang pesakit darah tinggi yang mengambil ubat Covasc 5mg. Bacaan BP harian saya terkawal antara 115/70 hingga 130/80. Saya telah menjalani ujian darah. Bacaan GFR saya telah menurun kepada 69. apakah yang doktor boleh sarankan untuk menaikkan semula bacaan GFR saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu eGFR rendah dan anda risau dengan buah pinggang anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Punca-punca buah pinggang rosak:
- kencing manis
- darah tinggi seperti yang anda hidapi
- batu karang
- genetik
- jangkitan kuman dan sebagainya
Gejala-gejala buah pinggang rosak:
- Kencing kotor
- Demam
- Sakit ketika, sebelum atau setelah kencing
- Kencing berdarah dan sebagainya
Kami memerlukan maklumat tambahan untuk menasihati anda bagaimana anda boleh menaikkan eGFR. Bacaan tekanan darah dan eGFR sahaja tidak mencukupi.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.