Sulit
3 tahun
Gangguan bisikan yang dialami oleh saya
Doktor saya ingin bertanya saya ada penyakit kemurungan.Adakah penyakit saya sekiranya tidak dirawat sekarang akan menyebabkan saya mengalami penyakit mental yang lebih serius di masa akan datang?
Dan satu lagi doktor,saya selalu dengar ada orang berbisik dekat telinga saya tetapi sebutan tak jelas dan ada kala saya dengar dia panggil nama saya.Jadi adakah saya mengalami penyakit mental yang serius selain kemurungan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan halusinasi ini seperti:
- Schizophrenia
- Masalah bipolar
- Masalah kemurungan yang kronik
- Tekanan emosi
- Sawan
- Masalah tidur
- Masalah pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Ketumbuhan pada otak
Masalah ini mungkin akan menjadi lebih serius jika anda tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


























