
Sulit
3 tahun
Gangguan mental atau bukan
Saya wanita berusia 20an nak tanya adakah normal bagi seorang manusia bercakap sendirian atau dengan benda yang tak bernyawa i mean gambar manusia di dalam frame atau handphone. Dan selalu emosi jadi kucar kacir sampai satu masa nak bunuh orang dan diri sendiri. Adakah itu salah satu gangguan mental? Adakah saya kena refer ke psikiatri? Mohon pencerahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bercakap kepada diri sendiri boleh bertindak sebagai suatu cara untuk mengingatkan diri kita tentang apa yang perlu dilakukan. Namun begitu, perihal bercakap dengan diri sendiri yang diiringi dengan halusinasi (bayangan) atau sesuatu yang tidak wujud pada ketika itu boleh menjadi petunjuk kepada masalah emosi atau psikiatri.
Sebaiknya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psiakitri jika perlu.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, kami sarankan anda mencuba langkah yang berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Kami juga sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih