
Sulit
3 tahun
Gangguan tidur,makan yg menyebabkan aktiviti seharian terganggu
Saya wanita berusia dlm lingkungan 40an menghadapi masalah stress yg mana semakin hari menganggu waktu tidur,rehat,mkn etc saya…situasi ini sudah berlaku hampir 2 bln secara on n off…kdg2 saya rasa diri ni sgt useless…dan ada masa2 tertentu saya rasa nak lari jauh2 dari semua org…dan sy juga pernah terfikir utk suicide tp bila fikir ia adalah haram sy lupakan sekejap hasrat tu…bole sy tahu jenis rawatan yg sesuai dgn masalah sy ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah:
- Sentiasa bertenang dalam setiap perkara
- Mulakan setiap aktiviti dengan mengambil nafas yang dalam
- Bercakap dengan seseorang ketika sedang stress
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah atau olahraga
- Sentiasa berfikiran positif
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri