Sulit
5 tahun
Gardrenella vaginalis
Hasil ujian swab telah mengesahkan terdapat bakteria Gardenerella Vaginalis (heavy growth). Dan dr telah memberi kan saya antibiotik Metronidazole untuk 7 hari. Telah 2 hari saya ambil dan saya perasan saluran kencing/urethra? terasa bengkak. Adakah ianya simptom normal disebabkan jangkitan bakteria atau saya mengalami masalah urilogi lain? Dan berapa lama antibiotik akan berkesan kerana ini adalah hari kedua dan saya masih terasa pedih setiap kali buang air kecil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi saya kurang jelas dengan masalah saluran kencing anda bengkak. Maklumat lain perlu ditanyakan untuk saya memahami masalah sebebnar yang anda alami.
Kesan ubat adalah berbeza mengikut individu. Saya sarankan anda mengambil antibiotik tersebut seperti yang diarahkan dan bersabar sebelum ia berkesan. Selain itu, banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 2 L atau sehingga warna air kencing anda jernih bagi membantu menyuci jangkitan bakteria tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































