
Sulit
5 tahun
Gastrik dan cara nak berpuasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada sakit gastrik… boleh kah saya berpuasa dibulan ini, doktor ada bagi ubat pantoprazole adakah ubat ini ada side effects yg teruk?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda masih boleh berpuasa jika anda masih larat. Ubat pantoprazole ialah ubat untuk masalah kepedihan perut akibat gastritis dan mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, cirit birit, loya dan muntah-muntah jika pesakit tidak boleh tahan dengan ubat tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.