
Sulit
4 tahun
Gastrik dan lain lain lagi
Saya berusia 16 thun.saya mengalami gastrik dan saya tk rasa sakit dah di atas perut dan tidak sesak nafas tetapi tekak saya seperti tercekit seperti ada something die tekak .saya juga cirit berwarna coklat.saya juga minum susu tepung fernleaf apabila perut saya sakit di atas pusat.bolehkan saya minum susu tersebut.sa juga merasakan seperti bahagian atas perut saya besar tetapi tidak keras knapa ya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah seperti tercekik di tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara samada serius arau normal. Namun, amat penting untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi memandangkan ia mengganggu aktiviti anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Alahan
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- globus pharyngeus
Untuk melegakan rasa tidak selesa ini, anda boleh mengamalkan langkah langkah berikut:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Bagi cirit berwarna coklat, saya memerlukan maklumat lanjut kerana warna najis coklat adalah normal, melainkan ia adalah berwarna gelap atau kemerah-merahan. Bagi masalah saiz perut besar diatas, saya juga memerlukan maklumat lanjut samada ia adalah berbentuk benjolan, atau masalah perut kembung dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.