
Sulit
3 tahun
Gastrik dan Suntikan Vaksin C19
Saya sedang mengambil ubat gastrik, tekak saya masih terasa ada sesuatu dan agak menganggu pernafasan. Soalan saya, bolehkah saya mengambil suntikan vaksin C19 yg dijadualkan pada 9/6 ni? Saya sedang mengambil ubat Omeprazol 20mg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mempunyai penyakit gastrik dan sedang mengambil ubat bagi masalah tersebut. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, Setiap individu digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19. Vaksin tersebut juga selamat digunakan dan tiada larangan untuk orang yang sedang mengambil ubat yang dinyatakan diatas. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu memaklumkan kepada doktor yang bertugas sewaktu proses suntikan diberikan.
Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini