
izzakmalzz99
6 tahun
Gastrik dan tak lalu makan
saya remaja berumur 15 tahun.Saya selalu gastrik.Saya tak lalu makan.Bila saya cakap pada kawan kawan,mereka sarankan agar saya berjumpa doktor.Apa masalah kesihatan saya sebenarnya ya?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Gastrik (gastritis) adalah keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Buat pengetahuan umum, istilah ‘gastrik’ yang digunakan bagi merujuk kepada sakit perut ini sebenarnya adalah kurang tepat.
Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:
- Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
- Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
- Tahap stress yang tinggi pada badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.