
Anonymous
6 tahun
Gastrik Ketika Hamil
Saya berusia 20an, dan kini hamil trimester pertama. Sebelum hamil, saya mempunyai masalah gastrik yang biasa jika pemakanan tidak teratur. Saya juga faham, sesetengah wanita akan mengalami mual, loya dan muntah ketika hamil trimester pertama. Namun, kebelakangan ini saya merasa gastrik dalam masa yg sama dan sentiasa merasa masam atau pahit di hujung tekak. Saya sukar untuk sendawa dan ia membuatkan saya akhirnya muntah. Saya juga takut untuk mengambil ubat gastrik seperti biasa kerana risau akan merisikokan bayi. Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Ianya biasa untuk wanita mengandung mengalami simptom simptom seperti di atas. Tekanan ke atas perut oleh uterus juga boleh mebuat simptom reflux lebih teruk. Terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan simptom tersebut seperti:
- Elakkan makanan pedas
- Elakkan baring sejurus selepas makan
- Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!