Sulit
4 tahun
Gastrik , sembelit , sakit perut , tidak dapat mengawal stress dengan baik
saya wanita dan berumur 15 tahun , saya kerap sakit perut , sembelit dan gastrik , selepas saya makan saya akan rasa loya , saya tidak dapat mengawal stress dgn baik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh anda, kami memahami anda mengalami sakit perut, sembelit dan gastrik secara kerap dan anda tidak dapat mengawal stress dengan baik. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Indigestion atau GERD
- Kurang sumber serat dalam makanan atau kekurangan vitamin
- Ulser perut
- Masalah psikiatri seperti keresahan, gangguan tekanan
Memandangkan anda memaklumkan bahawa anda tidak dapat mengawal stress dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah yang anda alami. Kami menyarankan agar anda merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan seterusnya dirawat.
Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian secara peribadi bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.






























