Sulit
4 tahun
Gastrik setelah divaksin
assalamualaikum…saya berumur 29 tahun lelaki, setelah menerima vaksin sinovac dose pertama pada 28 julai lalu, saya rasa angin dalam badan saya semakin kuat sehingga kadang2 rasa sesak nafas dan semput … apakah yang perlu saya buat dr…second dose vaksin dijadual pada 18 ogos nanti… perlukan saya truskan ambil . terima kasih atas jawapan
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kesan sampingan vaksin berbeza mengikut individu.
Terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami menyarankan anda untuk tmengambil dos kedua agar anda boleh meningkatkan imun diri terhadap Covid-19.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























