
Sulit
4 tahun
Gastritis dan puasa di bulan ramadhan
Hi doktor, saya telah didiagnos dengan gastritis dan duodenitis selepas melakukan endoskopi dan telah diberikan ubat pantoprazole selama 2 bulan. Bolehkah saya berpuasa sepeerti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berpuasa dan mempunyai masalagh gastritis bergantung kepada kekuatan diri anda dan keadaan masalah gastritis yang dihidapi oleh anda. Tiada masalah untuk seseorang itu berpuasa walaupun menghidapi masalah gastritis. Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan, kami tidak galakkan anda untuk berpuasa. Kami sarankan anda berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dihidapi oleh anda.
Pantoprazole merupakan ubat yang digunakan untuk mengurangkan dan menghentikan rembesan asid di dalam perut di mana asid tersebut akan menyebabkan gejala gastritis jika dirembeskan dengan terlalu banyak di dalam perut yang kosong. Jadi ubat ini perlu diambil mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor untuk mengurangkan masalah gastritis seseorang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.