
Sulit
3 tahun
Gatal dan ruam selepas vaksin
Saya wanita berusia 24 tahun. 9 hari lepas saya telah menerima suntikan pertama vaksin AZ. 3 hari yg lepas saya kerap berasa gatal di seluruh badan. Adakah ini bermakna saya alergik dan perlu berjumpa dgn doktor atau ini berkenaan dgn masalah lain selain vaksin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda telah menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZenecca dan mengalami kegatalan pada seluruh badan selepas beberapa hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan dan ruam bukan antara kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan vaksin AstraZenecca. Ia boleh disebabkan oleh alahan, tetapi alahan kepada vaksin amat dikhuatiri kerana simptom-simptom alahan akan timbul serta-merta selepas suntika vaksin. Anda mungkin mempunyai alahan kepada benda lain seperti bedak atau pakaian.
Selain itu, kegatalan dan ruam boleh juga berpunca daripada perkara-perkara berikut :
- Kulit kering
- Eczema (dermatitis)
- Gigitan serangga
- Jangkitan virus
Sekiranya anda masih mengalami masalah ini secara berterusan, sila rujuk kepada doktor untuk siasatan dan rawatan lanjut.
Anda boleh menghubungi pakar kulit kami sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kulit.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini