
Sulit
5 tahun
Gatal di bahagian kemaluan serta keluar cecair berwarna hijau selama seminggu
Saya wanita berusia 28 tahun dan sudah berkahwin. Sekarang saya tengah hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah pun masuk 5 bulan. Tetapi, semasa saya hamil di usia kandungan saya 4 bulan, saya mengalami kegatalan yang teramat sangat setiap kali keluar bendalir atau cecair pada kemaluan saya dan ia berterusan selama seminggu tapi cecair bendalir yang keluar dari kemaluan saya berubah dari warna jernih ke putih hingga kehijauan serta kental, kemudian ia berhenti dengan sendirinya. Adakah ia memberi kesan kepada saya dan juga kandungan walaupun simptom kegatalan itu sudah hilang tetapi cecair yang berwarna hijau kental masih lagi keluar sedikit demi sedikit setiap hari? Apakah yang perlu saya buat? Adakah saya perlu mengambil ubat antibiotik sekiranya ia berkaitan dengan jangkitan kuman?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan dan cecair hijau yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.