Sulit
2 tahun
Gatal-gatal sampai bibir bengkak
Hi doc, nak tanya lately ni saya kerap gatal satu badan like kena allergy. Boleh dikatakan setiap minggu mesti bibir bengkak tapi saya tak ada apa2 alahan pun. Kenapa ya doc ? And saya perlu ke hospital ke untuk buat check up ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhuatiran anda berkenaan gejala kerap gatal satu badan yang disertai bengkak bibir. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya, gejala gatal pada seluruh kawasan tubuh yang disertai bengkak pada lapisan mukosa seperti bibir, boleh disebabkan oleh perlbagai perkara, antaranya termasuk:
- kulit kering
- alahan makanan
- ubat-ubatan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan rawatan segera seperti:
- angioedema
- jangkitan kuman
- uremic pruritus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.