yuslianatasha97
4 tahun
Gatal langit langit , hidung dan telinga
Saya wanita berusia 19, sejak kebelakangan ini. Saya berasa tidak selesa kerana hidung, langit langit mulut dan telinga saya berasa gatal dan membuat saya rasa tidak selesa. Apakah yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Allergi atau alahan kepada makanan, habuk, bau bauan dan lain-lain
- Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian tekak, hidung atau mulut boleh menyebabkan gejala ini kerana kesemua organ ini saling berkaitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.