Sulit

3 tahun

Gatal Pada alat kelamin kanak2 lelaki

Salam doc, Anak lelaki saya berumur 12 tahun, dia mengalami gatal pada bahagian kemaluannya… perkara ni sudah berlanjutan dari tahun lepas dan tak ada perubahan malah makin teruk… utk pengetahuan doc tiada sebarang luka, bengkak ditempat tersebut… saya dah bawa jumpa doc di beberapa klinik sebelum ni mereka cuma bgtahu ianya cuma radang biasa… apa yg perku saya buat doc… kesian pada anak sb sekarang boleh dikatakan setiap masa dia mengalami kegatalan Dan ianya semakin teruk. Boleh doc sarankan apa2 rawatan ataupun krim yg boleh mengurang/menghilangkan kegatalan tersebut.
Terima kasih
Wasallam

Waalaikumsalam. terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad. Kami tidak dapat memberi preskripsi ubat atau menawarkan nasihat mengenai ubbat rawatan kerana untuk melakukan itu, kami harus mendapatkan diagnosis atau punca masalah anak anda dengan tepat terlebih dahulu.

Akan tetapi, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Iritasi pada kulit

  • Alahan

  • Jangkitan kuman

  • Jangkitan kulat

  • Jangkitan cacing

Antara cara untuk mengurangkan gatal ini adalah seperti:

Pakaian- pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat dari kain kapas. pastikan juga sabun untuk mencuci pakain dibilas dengan bersih. Elakkan menguna pelembut kain untuk mencucui pakaian dalam

  • Kebersihan

    • Jangan terlebih basuh kawasan kemaluan
    • Elakkan mandian air panas
    • Jangan gunakan sabun atau syampu sekiranya anak anda sedang mengalami gejala. Antara yang anda boleh gunakan adalah cetaphil cleanser, Dermaveen, Hamilton wash, QV atau sorbolene.
    • Sekiranya tidak gatal lagi, cukuplah basuh menggunakan air sahaja
    • ANda boleh cuba campurkan cuka putih ke dalam besen yang mengandungi air. Biarkan anak anda berendam di dalam besen tersebut selama 10-15 minit (pastikan kawasan kemaluannya berada di dalam air. Anda boleh lakukan sekerap 2 kali sehari sehingga seminggu sekali bergantung dengan gejala anak anda.
    • Galakkan untuk anak anda membuang air kecil dengan segera apabila dia rasa ingin kencing.
  • Aktiviti harian

    • Elakkan aktiviti seperti menunggang basikal atau menunggang kuda yang menyebabkan tekanan di kawasan kemaluan
    • Terus tukar pakaian selepas bersenam atau melakukan aktiviti
    • Elakkan untuk duduk dalam tempoh yang lama
  • Untuk mengurangkan gatal

    • Jangan garu
    • Gunakkan kain bersih, rendamkan dalam air sejuk serta pengganti sabun dan letakkan di kawasan yang gatal
    • Jangan sapu ubat sebarangan kerana kawasan ini sangat sensitif

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan itu, rawatan yans sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)