
Sulit
4 tahun
Gatal pada tapak kaki dan tangan
Anak saya mengalami kegatalan pada tapak kaki dan tangan. Terdapat biji2 yang berisi air. Sejarah kesihatan anak saya; telah kena chicken pox pada umur 4 tahun. Adakah kemungkinan akan dijangkiti lagi. Adakah sebab pemakanan atau cuaca atau tahap sensitif kulit anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami pada tapak kaki anda boleh disebabkan:
- Jangkitan “herpes simplex” (iaitu sejenis virus selesema) yang juga boleh memberikan kesan pada tapak kaki anda
- Kesan melecet
- Kesan gigitan serangga serta alahan
- Penyakit tangan, kaki dan mulut
- Bengkak saraf/ligamen/tendon tapak kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.