
wnajib145
5 tahun
Gatal tekak dan batuk kering
Anak saya berumur 8 tahun sering alami batuk tanpa kahak @ batuk kering sekali sekala dalam tempoh yang agak lama untuk sembuh…anak saya kata dia gatal tekak. Dah bermacam- macam ubat saya bagi masih x sembuh…boleh doktor cadangkan ubat @ remedi yang sesuai untuk masalah anak saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk kering serta kegatalan tekak boleh disebabkan beberapa punca. Berdasarkan sejarah kesakitan yang dinyatakan punca kepada gejala tersebut boleh terjadi kerana:
- Jangkitan selesema berulang (hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menjangkiti anak puan dan setiap jenis virus selesema boleh menunjukan gejala yang serupa)
- radang tekak (“Pharyngitis” juga boleh disebabkan jangkitan virus seperti adenovirus, enterovirus)
- Radang tonsil (“Tonsilitis”)
- Bronkitis akut (boleh disebabkan udara panas, asap dan jangkitan kuman)
Untuk mengatasi masalah ini, sejarah sakit anak puan perlu diketahui lebih lanjut seperti maklumat vaksin bagi mengenalpasti punca sebenar kesakitan anak puan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.