
Sulit
5 tahun
Gatal tekak dan sakit jepala
Saya bekerja di riyadh arab saudi dan pulang bercuti ke kuala lumpur pada 27/3/20, saya menakai mask sepanjang perjalanan dan pesawat dipenuhi oleh jemaah yang pulang dari mengerjakan umrah yang kebanyakannya batuk batuk
Setelah 8 hari , semalam saya mula rasa berat kepala , gatal tekak . Patut ke saya menjalani saringan covid 19 dan dimana. Saya tinggal di bangi. Terima kaseh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana gejala gatal tekak yang berpanjangan dan terdapat sejarah perjalanan ke Saudi Arabia. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, selain COVID19, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti influenza
- radang esofagus (esophagitis)
- radang tonsil (tonsillitis)
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini