
Sulit
5 tahun
Gatal Tekak Dan Tidak Selesa
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berusia 27 tahun, saya ada mengalami gatal tekak selama (dua) minggu. Akibat gatal tekak tersebut, ada masa saya batuk untuk melegakan gatal tersebut tetapi jarang. saya ada melihat tekak saya di cermin kelihatan merah sedikit. saya tiada mengalami demam, tiada seksak nafas, dan tiada gejala lain cuma suara kandang-kadang serak. Tekak saya tiada rasa sakit hanya gatal dan tidak selesa serta terpaksa batuk untuk berasa lega. apakah saranan dan pandangan dari doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Alahan
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Memandangkan gejala anda tidak serius, buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.