
Sulit
4 tahun
GDM ON D/C (Serah Diri Sebelum DD)
Hi ni first pregnancy saya. Harini saya dah 40minggu 1hari tapi belum ada tanda-tanda nak bersalin. And saya ada gdm on diet control. Due sy 28hb Feb ni. Haritu doc suruh serah diri sehari sebelum due date. Tapi baru-baru ni saya pergi appointment kk 22hb utk anc. And nurse tu bagi appt seterusnya 01hb Mac. So saya confuse, nak kena serah diri pd 27hb atau klau x bersalin lagi sy pg appt 01hb Mac tu? Sebab kalau boleh saya taknak kena paksa bersalin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda perlu pergi ke hospital segera kerana anda mempunyai penyakit kencing manis semasa hamil dan kandungan anda telahpun mencecah 40 minggu. Wanita hamil yang mempunyai kencing manis dan mengawal pemakanan dibolehkan hamil sehingga 40 minggu sekiranya tiada apa-apa masalah pada kandungan.
Langkah seterusnya adalah berdasarkan keputusan doktor yang melihat dan merawat anda. Saranan kami adalah anda pergi ke hospital secepat mungkin kerana kencing manis semasa hamil boleh mendatangkan risiko kepada anda, kandungan dan mempengaruhi proses kelahiran.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.