
Sulit
4 tahun
Gegaran pada kepala dan anggota badan seperti seluruh tangan dan kaki
Saya seorang perempuan berumur 22 tahun. Apakah punca kepala sering berasa gegaran terhubung dengan anggota badan lain, penglihatan jadi kabur dan hilang kawalan beberapa saat/minit secara tiba-tiba, berhenti dan berpegang kuat pada dinding/sesuatu pun kadang tidak dapat mengelak untuk terjatuh. Jatuhnya kadanga dalam keadaan tidak sedar (pingsan) dan jatuh dalam keadaan sedar (terduduk,terbaring). Selain itu,juga kerap mengalami sakit kepala yang teruk dan terasa panas pada kepala.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
- Kekurangan sel darah merah (anemia)
- Tekanan darah rendah
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.