
Sulit
2 tahun
Gejala geographic tongue?
Salam Sejahtera doktor. kelmarin, saya ke klinik pergigian untuk membuat pemeriksaan setelah menghadapi rasa nyeri dan rasa ketidakselesaan pada lidah. di hujung lidah terdapat dua ‘patch tongue?’ seperti lesi. apa yang saya perasan keadaan tersebut berubah. kadang-kadang bentuknya kecil dan bersambung, hilang dan timbul semula. adakah itu ulcer? saya tidak mengalami rasa sakit apabila makan atau minum. dibawah dagu saya kiri dan kanan menjadi bengkak sedikit, tetapi sudah berkurang selepas mengambil antiobiotc.
bila dalam keadaan tidak berbuat apa-apa, mulut dan lidah rasa seperti terbakar walaupun tidak terlalu sakit. tekak dan telinga pun ada rasa sedikit.
Doktor mengesyaki saya mengalami ‘Geographic Tongue’ dan akan berjumpa lagi dengan doktor tersebut lagi 2 minggu.
oleh itu, saya ingin bertanya apakah gejala dan simtom penyakit tersebut?. apakah ia boleh menjadi kanser mulut?. sekarang ini mulut saya berasa sedikit lemah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, geographic tongue adalah penyakit keradangan lapisan atas lidah. Antara gejala awal adalah adanya kawasan merah yang bervariasi saiz yang dikelilingi, sekurang-kurangnya sebagian, dengan sempadan putih yang tidak teratur serta adanya rasa terbakar.
Sebetulnya diagnosis ini adalah benign (jinak) dan bukanlah kanser ataupun jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.