ainruslam96
5 tahun
Geraham gigi berlubang
Assalamualaikum doktor. Sy berusia 23 thun, asal terengganu. Sy mngalami gigi berlubang d bahagian geraham. Sy tahan skit slama hmpir sebulan. Dn 9/6 sy ambil kputusan utk cabut. Lpas 3 hri sy dapati gusi sy semakin bengkak. Sy pergi ke klinik pergigian utk rawatan. Dktr mmberikan sy sedikit ubat d dlm gigi (menyerupai tembakau) dan mmberi ubat antibiotik 2 jenis dn juga ubat tahan sakit. Dn hri ni sy rse makin mmbengkak smpaikan ke telinga sy x dpt mndengar. Bengkak bawa smpai ke leher. X bleh tidur. Nk telan air liur sgt mnyeksakn. Tlg sy doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh dari infeksi gigi.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























