
Sulit
5 tahun
Gerd & Gastrik berpanjangan
Saya sudah menghadapi gerd & juga gastrik sejak 2 tahun yg lalu. tp dalam keadaan yg jarang berlaku.Tapi bila gerd datang dia akan berpanjangan lebih kurang 2 mnggu atau sebulan lebih. adekah ianya normal. Saya sudah membuat endoscopy di hospital kerajaan pada awal 2019. Result menunjukkan perut hanya merah-merah. Tiada yang serius. Selepas pada itu, saya sudah menjaga timing makan. serta menjaga jenis pemakanan. Sekarang,last saya kne gerd lebih kurang 2 bulan lepas. Adekah ianya sering terjadi? Ubat spt Gaviscon tidak berhasil untuk saya. Ada ubat lain yang doktor boleh sarankan? Atau di mana boleh saya dapatkan sesi consultation secara terusan. Saya tinggal berseorangan. Kadang kadang macam macam saya fikir pasal sakit saya ni. Sekarang gerd & gastrik datang balik, saya harap ade ubat yg boleh bantu saya sebelum bermulanya Ramadan nanti. Saya takut akan terjejas ibadat puasa nanti. Harap para doktor boleh bantu saya. Terima Kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.