Anonymous
4 tahun
Getaran pada bahagian perut sebelah kiri
Sy berumur lingkungan 30, ibu kepada 2 orang ank yg dilahirkan secara normal. Baru-baru ini, sy mengalami masalah sakit bahagian perut kiri yang mana ada kalanya terasa seperti denyutan nadi yang kuat bila sentuh bahagian perut yang mana kita ketahui tiada nadi pada bahagian tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah pembuluh darah seperti abdominal aorta aneurysm (pembesaran aorta badan) dan penyempitan arteri (artery stenosis)
- pergerakan makanan tersumbat (bowel obstruction)
- diverticulitis
- penyakit radang usus seperti Crohn’s disease
- polip dalam usus
- ketumbuhan seperti kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























