
Sulit
2 tahun
Gets Dan anxiety problem
Saya telah pergi ke klinik atas sebab nafas tidak puas dan Rasa ketidakselesaan di tekak. Saya telah dikatakan mengalami acid reflux. Ubat yg diberi adalah alprazolam 0.5mg, rabotide 20 Dan motidone tablet (domperidone 10mg). Apabila makan ubatan tersebut, Saya Rasa sedikit lega. Cuma, melalui pembacaan Saya, alprazolam adalah untuk individu yang mengalami anxiety. Adakah ini bermaksud Saya juga mengalami masalah anxiety.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, Alprazolam adalah ubat yang digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah keresahan ataupun anxiety. Anda perlu merujuk kembali kepada doktor yang merawat anda dan bertanyakan kepadanya sebab mengapa anda diberikan preskripsi ubat tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.