Sulit
3 tahun
Gigi bengkak selepas cabut gigi
Hai Dr. Sy baru cabut gigi. Padan tidak lama lepas itu kawasan Itu menjadi bengkak? Apakah sebabnya? Sy sudah ke klinik. Tp Dr sudah cek, dia ckp semua okey. Adakah normal kalau bengkak selepas cabut going. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, kesakitan ataupun bengkak yang berterusan selepas gigi dicabut boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Atau ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza. Bengkak dan sakit akan surut selepas beberapa hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa semula dengan doktor gigi anda sekiranya bengkak tersebut masih berlarutan. Pihak kami percaya doktor gigi anda lebih mengetahui kondisi gusi dan gigi anda selepas rawatan diberikan. Dapatkan kepastian dan nasihat daripada beliau.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).