Anonymous
4 tahun
Gigi bengkak, ubat dan wanita mengandung
Hai saya wanita yang berumur 31 tahun, dah sedang mengandung 20 minggu. Hari ini saya sudah berjumpa dengan doktor gigi kerana saya ada masalah gusi bengkak dan sakit. Doktor mendapati gigi saya telah mati dah perlu melakukan rawatan akar. Sekarang doktor telag memberi ubat tahan sakit dah antibiotik untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Soalan saya boleh kan saya wanita mengandung makan ubat antibitik yang di berikkan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Para doktor telah mempertimbangkan risiko kesan sampingan dan faedah serta fungsi ubat untuk pesakit termasuk wanita mengandung sebelum memberi preskripsi. Selain itu, rawatan gigi yang invasif mampu menyebabkan jangkitan jantung yang dikenali sebagai ‘infective endocarditis’. Oleh itu, doktor memberikan anda antibiotik. Namun begitu, terdapat antibiotik yang “teratogenic” atau yang mampu menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.
Maklumat lanjut seperti jenis ubat antibiotik diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.