Anonymous
6 tahun
Gigi berlubang dan crowning
Doc saya berusia 27 tahun. Bakal berkahwin nanti. Soalan saya berkaitan gigi. Gigi saya berlubang bahagian kanan dan kiri geraham. Masalahnya doc saya takut cabut gigi. Gigi kanan sudah kritikal kerana saya jarang makan di bahagian gigi geraham kanan. Saya hanya mengunyah gigi geraham kiri dan gigi hadapan. Gigi geraham kiri tidak sakit setelah dita pal dahulu namhn seperti tampalan hampir rosak. Saya tak mahu cabut gigi kiri kerana jika saya cabut maka ke semua gigi geraham kanan dan kiri saya di bahagian bawah tidak ada. Saya nak selamat kan gigi geraham di bahagian kiri. Boleh ka saya menggunakan kaedah crowning?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor gigi untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan dan dilakukan rawatan yang sesuai. Untuk makluman pihak anda, doktor anda akan mencadangkan untuk dilakukan crowning sekiranya gigi anda:
- Kegagalan pemulihan gigi setelah impact
- Gigi retak
- Estetik
- Gigi yang terpakai lama sampai lekuk
- Rawatan kanal akar
- Occlusal derangement bila gigi atas bawah tidak selari
- Karies gigi
- dan lain-lain lagi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Peter Kasprzyk



























