
Sulit
5 tahun
Gigi bernanah dan bengkak setelah makan antibiotik
Semalam suaminsakit gigi. kami dh jumpe dengan dentist dan doctor bekalkan antiniotik dengan ubat tahan sakit. Tapi pagi ni, gigi dah bengkak teruk sampai muka berubah. Patutkah berjumpa balik dengan dentist tu atau terus ke kecemasan sebab sebab takut ada nanah… doctor tu cakap nak buat rawatan tak boleh sebab bengkak… selalunya berapa lama bengkak akan surut dan apa perlu buat untuk hilangkan bengkak… kalau bengkak masih tak surut boleh kah berjumpa dengan doctor kecemasan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- trauma
- nanah/abses
- retak pada gigi
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi berdekatan. Masalah gusi dan gigi tidak dirawat di hospital kerajaan oleh doktor perubatan biasa. Hal ini kerana, pergigian adalah kepakaran doktor gigi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.