
Sulit
4 tahun
Gigi bongsu terasa sakit
Hi, sya masih ada lgi 1 btg gigi bongsu yg blum dicabut kerana ketika membuat rawatan di Jbtn Bedah Mulut di HKL pada tahun lps doktor mengatakan gigi tersebut tidak perlu dicabut.Pada tahun ini, saya merasakan sakit di bahagian gigi bongsu yg blum dicabut itu. Jika saya ingin mencabut gigi bongsu ini, adakah saya perlu meminta surat rujukan sekali lagi drpd klinik gigi kerajaan untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Bedah Mulut di HKL. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gigi bongsu.
Berdasarkan makluman yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk pergi ke mana-mana klinik pergigian kerajaan untuk pemeriksaan lanjut. Untuk makluman anda, sekiranya Doktor gigi yang memeriksa anda mengatakan gigi anda perlu dicabut, prosedur itu akan dilakukan di klinik tersebut. Namun sekiranya prosedur tersebut tidak disediakan di klinik tersebut, Doktor akan membuat surat rujukan untuk anda ke klinik berpakar atau hospital.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Sila berjumpa dengan Doktor Gigi untuk maklumat lanjut tentang kondisi anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.